Soalan lazim tentang Air Mineral DOCNAN
Halal, kandungan mineral, saiz, harga borong, dan di mana nak beli, semua dijawab di sini.
Ya. Air Mineral DOCNAN disahkan HALAL JAKIM (sijil MS 1500, no. 8 057-10/2012) serta mematuhi pensijilan KKM 163 dan MeSTI Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat diminum oleh seisi keluarga. Lihat sijil halal.
Air Mineral DOCNAN ialah air mineral semula jadi, bukan air terawat biasa. Ia kaya silika asli 61 mg/L dan beralkali semula jadi pada pH 8.0, terus dari sumbernya tanpa rawatan kimia tambahan.
Setiap botol mengandungi 61 mg/L silika asli dari sumber bawah tanah, tanpa penambahan. Silika menyokong proses pembentukan kolagen. Lihat profil penuh di halaman Silika.
Ya, pH 8.0 secara semulajadi. Ia datang dari kandungan bikarbonat 131.6 mg/L dalam sumber, bukan dari mesin elektrolisis atau ionizer. Baca lanjut di halaman Alkali.
Dari kawasan terlindung di Banjaran Titiwangsa, Kelantan. Kawasan pergunungan yang jauh dari pencemaran, kemudian ditapis dan dibotolkan mengikut standard.
Tidak perlu. Air Mineral DOCNAN sedia diminum terus dari botol. Ia air semula jadi yang ditapis melalui lapisan batuan dan dibotolkan mengikut standard KKM & MeSTI. Merebus tidak diperlukan, malah boleh mengurangkan mineral aslinya.
Ya, selamat untuk kegunaan harian seisi keluarga termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung, serta sesuai untuk kopi dan teh. Untuk penyediaan susu formula bayi, sila ikut nasihat pakar kesihatan anda.
Ya. Botol Air Mineral DOCNAN diperbuat daripada bahan gred makanan yang bebas BPA, selamat untuk simpanan dan kegunaan harian.
Tarikh luput tercetak pada setiap botol. Simpan di tempat sejuk, kering dan jauh dari cahaya matahari terus serta bau yang kuat. Setelah dibuka, minum dalam tempoh yang munasabah.
Kualiti air dipantau secara berkala sepanjang proses pengeluaran mengikut standard keselamatan makanan Malaysia (KKM, MeSTI). Profil mineralnya kekal konsisten dari botol ke botol.
Tiga saiz: 300ml, 500ml, dan 1.5L, semua dari sumber sama dengan profil mineral identikal. Lihat semua saiz & harga.
Melalui pengedar rasmi di setiap negeri utama, atau beli atas talian di TikTok Shop dan Shopee. Cari dealer berdekatan.
Boleh. Kami sediakan tempahan pukal (karton 300ml, 500ml, 1.5L) untuk pejabat, surau, sekolah dan majlis dengan harga istimewa.